Ahmad Amal Najmi. Tarikh lahir baby Amal memang cute and will always be a public holiday 01012010.
Pengalaman bersalin kali ni memang luar biasa sikit daripada yang 2 sebelum ni. Masa mula mengandung 1st trimester memang best, no morning sickness for me, makan laa apa nak makan, pastuh siap pegi jejalan dublin ngan london. Everything rasa macam okay jer. When it comes to 2nd trimester, hmm ader spotting pulak and encountered that the placenta is low lying. Tapi masa tu tak risau la sangat sebab ye la kan arif pun macam tuh jugak tapi by the time nak masuk 3rd trimester placenta elok jer naik at the right position. So abaikan je la sumer sumer, I'm enjoying my pregnancy dengan jejalan and do my chores as I routinely do.
Masa check up 3rd trimester.. hmm sama jugak the placenta is still low lying and kekadang ada lagi spotting. Rasa tak sedap ati dah start laa sikit sikit tapi just doa yang boleh dipanjatkan, since my O&G specialist tu jenis yang cool and dier pun seem tak worry and yet dier still give me hope yang I can still deliver normal so rasa lega laa sket.
32nd week pegi check dengan kawan kat hospital ampang, her face look worry and that doubled up the worry for me. She stated that I'm suffering from placenta previa posterior type II. She even told me that the possibility is quite high yang I might have to consider scisor rather than bersalin normal. Huhuhuhu sedeynyer.. For second opinion I consult my O&G specialist yang I regularly pegi for antenatal, once again lega sket bila dia kata the placenta is touching the os and bila lower segment dah fully develop there might still be hope to deliver normally.
35th week I started having premature contraction, that stressed me up sbb bagi pp macam I having contraction is not good. Pastuh 22nd 12 2009, malam tu takleh tido sakit nyer perut asek ader regular contraction. So the next day pegi jumpak O&G, but false labour. Fuh lega tapi days go on and I got on and off contraction.
28th Disember again a long night for me sakitnya sampai tak boleh tido. The next day pegi O&G again Dr Z buat VE, hmm baru 1 to 2 cm, so dia bagi choice nak balik or nak stay ward and monitor kat spital, my choice baik balik umah. I did tell him that I prefer to go to the office but he forbid me of doing so. Bahaya katanya so I got mc for three solid days.. Fuyooo. Day 1 mc bestnyer lepak lepak kat umah. Day 2 bosannya tak der buat apa apa... so pegi survey barang sket malam tu, pegi makan char kueyteow minum kopi O ais.. mmm bestnyer. Day 3 pegi jusco jejalan sket sbb ada contraction so maybe jejalan sket bleh cepat sket bersalin kot. That night is once again a sleepless night, next morning masa orang sumer rehat sbb baru lepas sambut malam tahun baru.. I'm in pain and at the hospital.
Pagi tuh buat CTG, contraction dah kuat and regular, VE hmm.. baru bukak 2-3 cm so to augment, masuk petocin... At 2.30pm Dr Z datang agi check agi.. huhuhu still 2-3 cm.. though the contraction sangatlah bagus so keluar jugak laaa mender yang aku takutkan all this while.
"Sham, sepatutnya dengan contraction macam nih, patut dah ada progress, lagipun ni anak yang ketiga sepatutnya tak sesusah ni, saya bimbang ada possibility ada obstruction yang menyebabkan kepala baby tak boleh turun sbb sham pun alert kan sham punya uri kat bawah. Jadik saya boleh bagi 2 jam lagi untuk tunggu kalau tak bukak jugak kita terpaksa scisor sbb takut baby distress, or you decide nak scisor je trus skarang, sbb kalau 2 jam ni sakit tapi tak bukak jugak kena scisor jugak" Sambil senyum ajer Dr Z cakap kat aku. Huhuhuhu.. Kuatkan semangat..
" As long as there still hope saya tunggulah dulu 2 jam lagi," Aku decide sambey tengok muka hubby aku yang penuh kerisauan.
Penantian 2 jam tu sungguh menyeksakan, part sakit tu satulah, part stress tuh yang tak tahan tu takut nak kena operate satu hal, risau pasal duit pun ada jugak.. kesian kat hubby aku nak kena bayar mahal.. Tapi hubby tak habih habih menenangkan aku and he was there all the time. Terharunya...
Pukul 5.oo Dr Z datang lagi.. debar macam nak luruh jantungku.. Masa aku bangun duduk suddenly ada air panas membasahi celah kakiku.. Air ketuban ku pecah... Dr Z periksa lagi, though masih 3cm tapi sbb air ketuban dah pecah Dr Z bagitau it may be a good sign yang menunjukkan baby boleh turun dan maybe lepas nih progress akan lebih cepat so dia decide untuk hantar aku ke labour room dan tunggu sampai 4 jam lagi.
Midwife yang attend aku mmg dah senior sangat and baik sangat, dia tenang kan aku and diorang asek tanya aku whether nak ambik epidural or not. Memula tu aku nekad taknak epidural. Tapi dah berjam jam aku tahan sakit daripada semlam lagi so pukul 6.00 aku surrender aku mintak epidural.. the pain is overwhelming dah. Pukul 6.30 epidural dah bagi kesan, aku still rasa contraction tapi less pain. Aku pun main PDA hubby untuk lupakan kesakitan sambey sambey berzikir.
Pukul 7.00 Dr Z suruh midwife buat VE, sedeynyer midwife tu bagitau masih 3 cm, so Dr Z bgtau nanti lepas maghrib die baru datang attend aku. Hubby pun decide nak pegi semayang dulu and pegi makan, aku pun ok jer kesian kat dier dari tadi menunggu aku. Tinggal la aku sengsorang kat labour room, kat luar aku dengar nurses tuh bersembang sembang.
Pukul 7.30, aku rasa sakit overwhelm balik, sambey berzikir dalam ati sempat agi menyumpah sebab epidural tak jalan... Patuh midwife yang attend aku jenguk bgtau dier nak naik semayang, aku pulak rasa nak terberak. Sbelum aku kena tinggal bebetul baik aku bgtau dulu so aku panggil midwife tuh sbelum dier blah and bgtau dier yang aku rasa macam nak terberak. Dia pun pakai glove and buat VE semula. Bulat mata dier terkejut and bgtau aku dah 8cm. Aku pun terkejut sbb baru sgt check 3 cm tadi. Dier cecepat telefon dr pastuh dier tanya whether aku nak dier tipon kan hubby. Jawapan ku simple.. tak yah laaa even without him kalau aku nak deliver aku deliver, biarla dier semayang and makan dengan tenang.
Few minutes later dah full dah bukak, so midwife suh aku pegang palang besi kat tepi and start pushing, tengah aku push dr pun sampai.. kepala baby kuar ngan mudah dengan 2 kali push tapi bahu dier macam sangkut sket so taktau aper the Dr buat tapi it is very painful. Bila baby dah keluar dier diletak kat dada aku .. dengar baby nangis adalah satu kelegaan bagi aku. Tapi suddenly Dr Z jerit " Darah dier tak berenti, Where is this blood comes from, I kena check darah ni dari mana.." Lepas placenta dah keluar suddenly aku rasa macam telinga aku jadik panas tapi muka aku rasa sejuk sangat. Aku start rasa mengantuk yang amat sangat.. nampak ada bintang bintang sket.. Suasana dalam labour room tu macam kelam kabut sket, Dr Z kocak kocak perut aku... fuhh sakitnya.. aku bleh dengar dr bising bising yang aku tak paham apa dier cakap, yang pasti aku pun pejam mata sbb rasa macam badan melayang... Tapi Dr Z tak abih abih ketuk ketuk kaki aku dan jerit " Sham don't close your eyes.. bangun Sham, " Tapi tak kirelah aku letih janji bleh tido..
Uwaaa... Tetiba aku tersentak macam terkejut bila dengar baby nangis kat sebelah aku .. Aku bukak mata.. tahap kesedaran aku kembali.. rupanya diorang bawak masuk baby aku dalam labour room semula and baby tuh di biar nangis sebelah aku. Baru aku macam sedar balik sepenuhnya... Suasana tenang semula.. Dr Z settlekan apa yang patut and bila sumer selesai dier pun keluar jumpa hubby aku.
Hubby masuk peluk and cium aku.. Dier bagitau Dr Z kata aku ilang banyak jugak darah.. Aku dibiar rehat kat labour room, diorang bagi aku minum dulu sbb aku mmg tak boleh bangun langsung even duduk pun boleh sebabkan aku rasa nak black out.. Bila cam ok sket diorang pun pindahkan aku masuk dalam bilik.
Sampai kat bilik aku rasa nak terkencing so hubby assist aku ke toilet... Lepas kencing aku mula nampak bintang bintang semula... kepala rasa sangat ringan hubby papah ke katil tapi belum sempat sampai aku dah blackout.. Sedar sedar aku dah atas katil and kepala ku direndahkan sket.. Nasib baik hubby aku amik emergency so dier tak laaa panic...
Ya Allah aku bersyukur semuanya selamat.. Pengalaman nih menginsafkan aku tentang kematian yang boleh datang menjemput bila bila masa jer. Aku bersyukur masih diberi masa untuk tengok anak anak aku dan orang orang tersayang.. Aku insaf.. dan sedar aku perlu sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya and kena selalu tressure masa bersama orang orang tersayang.........
0 comments:
Post a Comment